Thursday, 7 April 2011

Penulis: Kita patut bersatu padu

haih...sungguh sedih apabila melihat rakan-rakan berpecah belah kerana perjuangan politik,  ada yang sokong Barisan Nasional dan ada pula yang sokong parti pembangkang.  Hal demikian merosakkan silaturahim persahabatan di antara kita.  Parti pembangkang kata Barisan Nasional, kerajaan makan duit sebab itulah Negeri Sarawak semakin berunduran maka mereka menyeru rakyat supaya BERUBAH.  Hmm... pada pendapat saya, kalau kata Barisan Nasional, supp makan duit, tidak betul juga, mari kita lihat pembangunan Miri.  Bandingkan Miri pada tahun 1960's dan sekarang 2011's.  Sebuah daerah yang serdehana telah dibangunkan dan kini menjadi daerah yang kedua maju di Sarawak.  Adakah semua ini tipu?  Jelaslah bahawa itu merupakan kebenaran, tanpa kerajaan BN ataupun SUPP maka tiadalah Miri.

Orang kata sokong BN maksudnya sokong Pehin Taib Mahmud, beliau makan duit, banyak harta di negeri sarawak mahupun luar negara.  bermillion... adakah itu benar? Jikalau benar, mana buktinya? ataupun orang jeles sebab itu mahu jatuhkan beliau.

Akan tetapi, saya berdoa supaya suatu hari nanti negara kita tidak mempunyai parti-parti pembangkang, saya berdoa agar kemakmuran negara diteruskan, rakyat bersatu padu, tolong menolong, faham memahami, menerima antara satu sama lain.

Hanya dengan rakyat yang bersatu padu , kita pegang teguh dengan prinsip 1Malaysia, sudah tentu suatu hari nanti negara kita setanding dengan negara-negara  maju seperti jepun, USA dan sebagainnya.  Janganlah jadi sebuah negara yang semakin undur.  Kita patut bersyukur yang negara kita tidak ada bencana alam seperti kebelakangan ini tsunami baru sahaja berlaku di Jepun mahupun gempa bumi di Christchurch, New York dan Mynmar...