Posted on April 1, 2011 by Semangat Merah
Isu tanah NCR adalah antara isu yang paling hangat dalam mana-mana pilihan raya di Sarawak. Pemilikan tanah merangkumi hampir semua pengundi, tak kisah di bandar atau di pendalaman. Kebanyakan tanah NCR merangkumi beberapa “pemilik” yang mengatakan tanah tersebut telah didiami dari masa nenek moyang mereka lagi. Undang undang Sarawak ada menerangkan istilah, kriteria pemilikan dan seksyen yang boleh digunakan sekiranya ada perbalahan dan tuntutan. Banyak kes yang telah di bawa ke mahkamah di Sarawak dan juga banyak kes-kes yang telah menang di mahkamah di mana pemilik tanah NCR mendapat pampasan atau surat hak milik yang sah. Ini menunjukan nasib pemilik tanah NCR dibela oleh undang-undang yang sedia ada. Jikalau Sarawak diperintah oleh ‘regime dictator’, kemungkinan besar sebarang tuntutan akan di tolak bulat-bulat oleh kerajaan sebelum sampai ke mahkamah.
Kerajaan BN Sarawak bukan seperti Kerajaan Pulau Pinang yang senang meroboh gerai-gerai milik penjaja yang telah beroperasi sebelum wujudnya kerajaan sekarang. Apakah ini yang dikatakan membela hak rakyat? Undang-undang telah tidak di guna pakai lagi. Ini bermakna mereka boleh buat apa saja yang mereka rasa nak buat tanpa memberi peluang untuk rakyat bersuara. Ini boleh dan akan terjadi di Sarawak juga jikalau Pakatan berkuasa dinegeri ini. Kalau mereka tak suka, habislah hak anda. Pertahankanlah hak anda. Kerajaan juga telah mengambil insiatif untuk membuat pemetaan tanah-tanah yang diklasifikasikan tanah NCR dan mengeluarkan geran tanah. Ini akan mengambil masa tapi sekurang-kurangnya ia sedang dijalankan. Sekurang-kurangnya rintihan yang di suarakan oleh pemilik-pemilik tanah NCR serta parti-parti pembangkang didengar oleh pihak kerajaan negeri Sarawak. Siapa yang kata kerajaan BN tak perihatin dan adil?

No comments:
Post a Comment