Thursday 30 June 2011

KEMUNGKINAN PIHAK DAP TIDAK BERKUASA UNTUK BERSUARA DI DALAM DEWAN . . .

Semua ADUN DAP keluar Dewan sebelum Jabu habis berucap

Posted on June 30, 2011, Thursday

KUCHING: Kesemua 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Tindakan Demokratik (DAP) melangkah kaki keluar dewan se- belum Timbalan Ketua Men-teri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu menghabiskan ucapan penggulungan beliau pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Kumpulan yang diketuai oleh Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek) kemudiannya memberitahu media bahawa mereka memutuskan untuk meninggalkan dewan apabila menteri enggan mengambil sebarang penjelasan daripada mereka.

“Apabila menteri itu menyampaikan ucapan penggulungan beliau, ahli bagi Kota Sentosa (Chong Chieng Jen) berdiri untuk cuba bertanya soalan berkaitan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) namun Jabu tidak memberi ruang.

“Sebaliknya beliau meneruskan dan berkata akan mendengar soalan selepas selesai menggulung topik tetapi selepas selesai, beliau terus berucap dan sengaja tidak membenarkan sebarang penjelasan daripada ahli dari Kota Sentosa berhubung SALCRA,” katanya.

Malah, beliau berkata ia ditambah lagi apabila Jabu beralih kepada isu berkaitan Rascom, di mana ADUN Kota Sentosa juga ingin membangkitkan isu bagi penjelasan mengenai Rascom namun beliau sebaliknya membenarkan soalan dari ADUN Batu Lintang (See Chee How dari PKR).

“Mengapa beliau memberikan peluang kepada Batu Lintang, saya fikir beliau patut berfikiran matang, bertanggungjawab dan adil,” katanya.

Maka itu, beliau berkata, adalah yang paling wajar mereka melangkah keluar dewan pada sepanjang tempoh Jabu berhujah.

Mereka bagaimanapun masuk semula ke Dewan apabila Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyampaikan ucapan penggulungan beliau.

No comments:

Post a Comment