Wednesday 7 December 2011

Jennifer Hii Jaguh Jenaka, Taqiuddin Juara Penilaian!

by Kelab Pidato Toastmasters on Wednesday, 7 December 2011 at 17:38

26 Nov, Miri – Kehangatan Sabtu ditingkatkan dengan berlangsungnya Pertandingan Ucapan Humor dan Penilaian Ucapan untuk ahli Kelab Pidato Toastmasters Miri. Jennifer Hii memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Ucapan Humor manakala Taqiuddin menjuarai Pertandingan Penilaian Ucapan.

Diadakan di tempat kelab biasa mengadakan perjumpaan iaitu Bangunan Persatuan Melayu Miri, pertandingan ini adalah untuk ahli berlatih memberikan ucapan di hadapan pendengar lain, selain pendengar biasa. Ustaz Amin Wahid mendapat tempat kedua dan Taqiuddin di tempat ketiga untuk Pertandingan Ucapan Humor. Dalam kategori Penilaian Ucapan pula, Jennifer Hii memperolehi tempat kedua dan diikuti Ustaz Amin Wahid.

Memburu kejuaraan bukanlah perkara utama, tetapi meningkatkan keyakinan diri serta jati diri dikalangan ahli kelab samada sebagai peserta ataupun ahli jawatankuasa pertandingan. Pertandingan ini juga mengukuhkan tali silaturahim diantara kelab lain seperti Miri Toastmasters Club yang datang untuk membantu serta memberi sokongan.

Pertandingan ini adalah salah satu daripada aktiviti kelab. Kelab menekankan penggunaan Bahasa Melayu dan mengadakan perjumpaan pada minggu kedua dan keempat setiap bulan. Untuk maklumat lanjut atau mendaftar sebagai ahli, bolehlah menghubungi Puan Seraniah Abdullah di 019 8756588.

No comments:

Post a Comment