Wednesday, 30 March 2011

ISU NCR Land

Anwar kata Taib rampas tanah rakyat.. kalau rampas tentu Sarawak sudah tidak ada lagi NCR land.. Tahun 60an dulu satu ketika Taib Mahmud pernah dikeluarkan daripada kabinet kerajaan negeri sebab mempertahankan title NCR kepada rakyat Swak... Waima sekarang, tidak ada warga semenanjung yang boleh memiliki tanah di negeri ini sesuka hati walau sebanyak manapun wang mereka..

Kini kita patut bangga dengan pentadbiran dan kebijaksanaan Taib mahmud, Sarawak adalah satu2nya negeri dalam Malaysia yg tidak dikuasai mana2 pihak daripada semenanjung, malah dihormati dan disegani pemimpin2 di semenanjung kecuali PR.. Mujurlah rakyat percayakan pemimpin tempatan sendiri, sehinggakan budaya politik kita tidak huru-hara seperti yang berlaku di negeri lain.

Kata orang, kelapa yang tua banyak santannya... kelapa muda, rupa cantik tetapi isinya sedikit. Kita sudah 30 tahun bersama Ketua Menteri.. Di bandar mana dalam negeri kita ada kacau bilau dan berlaku pergaduhan politik sepanjang pentadbirannya? Siapa pemimpin negeri kita yang sujud kepada telunjuk dan perintah pemimpin daripada semenanjung? Tiada.... Tetapi Baru Bian, bergantung penuh kepada belas dan ihsan Anwar dan Azmin. Selamatkah negeri kita daripada cengkaman orang semenanjung?

No comments:

Post a Comment