Monday 28 March 2011

Tanah Setinggan di Bukit Canada Miri Sarawak

Bukit Kanada di Miri mempunyai sejarahnya sendiri. Bukit ini terkenal dengan The Grand Old Lady merupakan alat pengepam telaga minyak yang tertua dapat dilihat di atas bukit tersebut.

Di lereng-lereng bukit ini terdapat banyak rumah setinggan dan didiamai oleh kebanyakan buruh-buruh tempatan dan juga asing seperti Indonesia. Dalam tempoh 30 tahun penghuni yang membina penempatan disitu dikejutkan dengan beberapa siri kejadia tanah runtuh dan meragut nyawa.

Usaha kerajaan untuk memindahkan mereka ke kawasan yang lebih selamat dan tersusun akhirnya menjadi kenyataan selepas dua peristiwa tanah runtuh yang meragut dua nyawa pada Januari dan Disember 2009.

Hari ini sebahagian besar setinggan telah dipindahkan ke kawasan lain dan diberi tanah toll atau bergeran oleh kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2010.

Setiap penduduk diberi satu lot rumah dan mereka yang mampu boleh mendapatkan land title dengan membayar premium tanah mengikut keluasan dan bayarannya tidak lebih dariada RM9 ribu. Bagaimanapun bayaran boleh dibuat secara beransur-ansur.

Bagi mereka yang kurang mampu cukup setakat mendapat  TOL kerana  tidak ada sebarang kos atau cukai yang dikenakan.

Ini lah perihatinnya kerajaan BN yang memerintah Sarawak. Hanya pembangkang sahaja yang sentiasaberusaha untuk memburuk-burukkan kerajaan pimpinan Pehin Seri Taib Mahmud

No comments:

Post a Comment