Ilham Andy Chia tercapai, Klinik 1Malaysia Pujut mula operasi 26hb September
PUJUT– Klinik 1Malaysia Pujut akan memulakan operasi mulai 26 September.
Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr Faizul Mansoor berkata, ini merupakan Klinik 1Malaysia yang kedua dibuka di Miri selepas Klinik 1Malaysia Taman Tunku.
“Klinik 1Malaysia yang kedua ini terletak di bangunan lot kedai di Pujut 1B, Jalan Epal 2. Sepanjang tempoh percubaan, klinik ini akan beroperasi mulai pukul 10 pagi hingga 5 petang, dari Isnin hingga Jumaat,” katanya hari ini.
Dr Faizul menambah, sekiranya berjalan lancar klinik berkenaan akan beroperasi sepenuhnya pada Oktober yang mana akan beroperasi mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam, dari Isnin hingga Ahad.
Seperti Klinik 1Malaysia yang lain, klinik di Pujut ini akan dilengkapi dengan seorang penolong pegawai perubatan, seorang jururawat dan seorang pembantu.
“Klinik ini hanya mengendalikan kes yang ringan, dan bagi kes yang serius seperti diabetes pesakit akan dirujuk ke Hospital Miri,” katanya lagi.
Pemilihan kawasan Pujut sebagai lokasi kedua Klinik 1Malaysia amat tetap kerana kawasan itu mempunyai banyak kawasan perkampungan dan penempatan yang dapat meringankan beban golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di bandar raya atau Hospital Miri.
Sementara itu, penubuhan Klinik 1Malaysia di Pujut diilhamkan oleh Andy Chia Chu Fatt semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawah Parlimen Miri.
Cadangan itu mendapat sokongan daripada bekas Timbalan Ketua Menteri yang juga bekas ADUN Piasau, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, Ahli Parlimen Miri Datuk Sri Peter Chin Fah Kui dan Naib Pengerusi SUPP Piasau, Dato Sebastian Ting.
The staff was very impolite. The time been change to 8.30pm without any notice or time table shown.
ReplyDeleteThe staff was very impolite. The time been change to 8.30pm without any notice or time table shown.
ReplyDelete