Monday, 30 January 2012

Semak status permohonan BR1M di pejabat cawangan SUPP terdekat


Ting menunjukkan contoh sms yang dihantar kepada penerima BRIM di kawasan Parlimen Miri.


JALAN MERDU, 30 Januari — Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) bagi kawasan Parlimen Miri boleh mengetahui status permohonan mereka dengan menghubungi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di setiap cawangan mulai hari ini.

Pengerusi SUPP cawangan Piasau, Dato Sebastian Ting berkata, selain itu pemohon yang berjaya turut dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon.

“Kita di peringkat cawangan sedang memasukkan data senarai pemohon yang berjaya. Mereka akan menerima sms mengenai kelulusan disusuli sms selanjutnya mengenai tarikh dan tempat membuat tuntutan.”

“Setakat ini kita sudah menghantar sms kepada 200 penerima BRIM. Saya juga sudah menghubungi beberapa orang daripada mereka untuk mengesahkan sama ada mereka ada menerima sms tersebut,” katanya semasa penyampaian BRIM fasa kedua di Dewan Suarah Miri hari ini.

Ting yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, menambah, seramai 20,066 di Parlimen Miri mendapat BRIM yang mana pengagihannya diberikan secara berfasa.

Katanya, fasa pertama melibatkan 4,749 penerima, fasa kedua 4,329, fasa ketiga 8,183 diikuti fasa keempat 2,805.

Dalam pada itu, Ting menasihatkan pemohon yang menetap dan bekerja di Miri namun masih menggunakan alamat di tempat lain, agar merujuk kepada kawasan parlimen masing-masing.

“Mereka digalakkan menukar alamat untuk memastikan mereka menerima bantuan yang disalurkan oleh kerajaan,” katannya.

No comments:

Post a Comment