Sunday, 29 January 2012

Peter Chin hadir di Majlis Rumah Terbuka Datuk Bandar Miri


Chin, Lee, Ting dan Ahmad Lai semasa majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina Datuk Bandar Miri, Lawrence Lai (lima kanan) di Dewan Suarah Miri hari ini.


JALAN MERDU, 29 Januari – Majlis rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina (TBC) bersama Datuk Bandar Miri, Lawrence Lai bertempat di Dewan Suarah Miri hari ini mendapat sambutan dengan kehadiran kira-kira 3,000 tetamu.

Majlis yang diadakan mulai jam 10 pagi hingga 2 petang itu dimeriahkan dengan persembahan tarian singa, pukulan gendang 24 musim dan nyanyian.

Lai berkata, penganjuran rumah terbuka itu bagi menghargai warga Miri yang memberikan sokongan kepada beliau sejak dilantik sebagai Datuk Bandar tiga tahun lalu.

“Saya begitu teruja melihat para tetamu yang datang dari pelbagai kaum dan agama, Melayu, Cina, Iban dan Orang Ulu. Jelas terpancar semangat 1Malaysia yang begitu mendalam di kalangan warga Miri,” katanya yang menyambut tetamu ditemani isteri dan ahli keluarga.

Hadir sama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui serta isteri Datin Seri Ruby Chin, Menteri Muda Komunikasi Datuk Lee Kim Shin, Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Setiausaha Politik Dato’ Sebastian Ting, Timbalan Datuk Bandar, Mohd. Chee Kadir, Residen Bahagian Miri Antonio Kahti Galis dan Pengerusi Kumpulan Jim Logs Tan Sri Jimmy Lau.

No comments:

Post a Comment