Thursday 8 March 2012

MIRI: TUMPAHAN DIESEL CMSP MINTA MAAF

CMSP mohon maaf atas kesulitan dihadapi berikutan tumpahan diesel

Posted on March 9, 2012, Friday

MIRI: Cahya Mata Sarawak Premix (CMSP) semalam memohon maaf kepada masyarakat sekeliling di sini atas kesulitan yang dihadapi berikutan kejadian tumpahan minyak diesel di lojinya pada 4 Mac 2012 (Ahad) lalu.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan CMS Berhad Datuk Richard Curtis, pihaknya mengesahkan bahawa terdapat tumpahan minyak di loji premix milik mereka pada tarikh yang dinyatakan.

Berikutan itu, pihaknya telah melaksanakan segera semua langkah keselamatan untuk menghentikan tumpahan dan segala kandungannya terhadap persekitaran.

“Kami telah membuat laporan polis tentang insiden berkenaan dan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengetahui sebab berlakunya tumpahan tersebut,” kata Richard dalam satu sidang media semalam.

Katanya, CMSP turut berterima kasih ke atas semua pihak yang memberikan kerjasama dan banyak membantu mereka terutama Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkaitan hal tersebut.

Ketika ditanya tentang operasi loji itu, Richard memberitahu bahawa pihaknya sedang menanti arahan daripada kerajaan.

“Kami akan akur jika kerajaan mengarahkan loji kami dipindahkan, buat masa ini kami sedang menanti arahan dan laporan,” jelasnya.

Ketika ini semua operasi di loji itu dihentikan sehingga satu laporan penuh diterima.

Loji dimaksudkan telah beroperasi sejak1992 dan tidak pernah merekodkan sebarang insiden negatif.

No comments:

Post a Comment