Sunday, 8 April 2012
3,603 permohonan BR1M diluluskan untuk Kumpulan ke-6 di Parlimen Miri
Sebastian membantu warga emas memeriksa status permohonan BRIM di Taman Jade Manis pagi tadi.
PUSAT BANDAR, 6 April— Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Piasau pagi tadi membuka kaunter Bantuan Rancangan 1Malaysia (BRIM) kumpulan 6 di Taman Jade Manis, Jalan Persiaran Kabor bagi membantu warga emas membuat semakan status permohonan mereka.
Kira-kira 100 warga emas menyemak status permohonan mereka seawal jam 7.30 pagi sehingga 10 pagi.
Hadir sama membantu membuat semakan ialah Pengerusi SUPP cawangan Piasau, Dato’ Sebastian Ting dan Setiausaha SUPP Piasau, Karambir Singh Honey.
Sebastian berkata, pembukaan kaunter seawal pukul 7 pagi itu bertujuan memudahkan warga emas untuk mengetahui permohonan tanpa perlu berbaris panjang di Pejabat Daerah Miri.
Sementara itu untuk kumpulan keenam, kerajaan meluluskan sebanyak 3,603 permohonan termasuk 2,724 penerima yang sebelum ini gagal dan membuat rayuan semula.
Baucer berkenaan akan diagihkan pada pada 12 April (Khamis), 13 April (Jumaat) dan 14 April (Sabtu) di Dewan Suarah mulai jam 8 pagi hingga 5 petang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment