Tuesday, 29 March 2011

Pembangunan belia terus diperkasakan

by Sudan Ajang. Posted on March 28, 2011, Monday



APA KHABAR: Dr Chan bersalaman dengan orang awam yang menghadiri karnival tersebut, malam kelmarin.

MIRI: Kerajaan akan terus memperkasakan pembangunan belia dengan memastikan semua program dan aktiviti golongan muda menjurus kepada memperjuangkan wawasan negara.


APA KHABAR: Dr Chan bersalaman dengan orang awam yang menghadiri karnival tersebut, malam kelmarin.

MIRI: Kerajaan akan terus memperkasakan pembangunan belia dengan memastikan semua program dan aktiviti golongan muda menjurus kepada memperjuangkan wawasan negara.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) selalu memastikan semua program dan aktiviti golongan menjurus kepada memperjuangkan wawasan negara.

“Golongan muda merupakan kumpulan yang terbesar di negara ini dan mampu memainkan peranan penting kepada kestabilan negara. “Kita mahu generasi muda mempunyai nilai positif yang diperlukan dalam pembangunan negara,” katanya.

Dr Chan yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau berkata demikian semasa majlis bersama pemimpin Karnival Mesra Belia 1Sarawak Peringkat DUN Piasau di Stadium Tertutup Miri malam kelmarin.

Ujar beliau, Karnival Mesra Belia merupakan satu platform dalam membentuk keperibadian yang tulus golongan muda.

Katanya, program ini menekankan aspek perpaduan di kalangan rakyat setempat dengan mengadakan aktiviti sperti gotong-royong, kemasyarakatan, sukan dan sebagainya.

“Usaha ini merupakan penggemblengan tenaga di antara golongan muda bagi tujuan mendidik dan membimbing mereka menjadi masyarakat yang toleransi,” katanya.

Mengulas mengenai program bersama pemimpin Karnival Mesra Belia 1Sarawak, Dr Chan gembira kerana ia berjaya menggerakkan semangat perpaduan di kalangan semua kaum.

“Saya menyeru generasi muda supaya lebih serius mempersiapkan diri bagi memikul tanggungjawab yang kian mencabar lebih-lebih lagi dalam arus pembangunan dan globalisasi,” katanya.

sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin, Menteri Muda Komunikasi Datuk Lee Kim Shin, penyandang kerusi DUN Pujut Andy Chia dan Datuk Bandar Miri Lawrence Lai.

No comments:

Post a Comment