Tuesday, 22 November 2011

HOME FOR THE AGED , MIRI SARAWAK

Projek pembesaran Home For The Aged perlu tambahan RM100 ribu



Andy (kanan) menerima cek dari wakil Wanita dan Pemuda SUPP Pujut di Home for The Aged Krokop 9 hari ini.

KROKOP, 19 November – Jawatankuasa projek pembesaran rumah jagaan warga tua (Home For The Aged) Krokop 9 memerlukan tambahan RM100,000 untuk menyiapkan projek itu.

Pengerusinya Andy Chia memberitahu, projek melibatkan pembinaan dewan, tandas, tempat rawatan, dapur dan ruang makan itu menelan kos RM700,000 dan setakat ini mereka berjaya mengutip hanya RM600,000.

“Projek ini sudah bermula sejak Ogos lalu dan berdasarkan jadual perancangan serta peruntukan, ia dijangka siap sepenuhnya pada Mei tahun depan. Namun kita memerlukan peruntukan tambahan,” katanya pada majlis penyampaian cek sumbangan di Home for The Aged, Krokop 9 hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi jawatankuasa projek merangkap Setiausaha Politik Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Sebastian Ting.

Chia memberitahu, manakala dewan dan bilik mesyuarat dijangka siap pada bulan Januari ini sebelum sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Sementara itu, jawatankuasa menerima derma berjumlah RM8,000 iaitu RM5000 merupakan sumbangan peribadi dari Han Jeng Fong dan Foo Soo Siang sementara RM3000 dari Pemuda dan Wanita SUPP Pujut yang diperolehi dari majlis amal parti itu.

Mereka yang ingin menghulurkan derma boleh menghubungi pejabat SUPP Pujut di talian 085-650688.

No comments:

Post a Comment