TANJONG LOBANG, 26 Januari – Pemangku TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan isteri Datin Amar Fatimah Mohd Iskandar meneruskan kunjungan sempena Tahun Baharu Cina ke empat buah kediaman golongan usahawan termuka dan korporat di Miri.
Pada sebelah pagi, rombongan berkunjung ke kediaman Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Syarikat Samling, Yaw Chee Ming di Pujut 4 diikuti dengan kediaman setiausaha politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Sebastian Ting di Tanjong.
Rombongan kemudian berkunjung ke kediaman Pengarah Urusan Jimlogs dan JL Motors Sdn Bhd, Tan Sri Jimmy Lau dan Pengarah Urusan Kumpulan Interhill, Datuk Hii Chang Pee dan Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan Miri Housing, Datuk Lau Siu Wai sebelum berangkat ke Sibu pada sebelah petang.
Hadir sama mengiringi rombongan Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Naroden Majais dan Residen Miri, Antonio Kahti Galis.
No comments:
Post a Comment