Saturday, 28 January 2012

Kunjungan Tahun Baharu Cina Dato Sebastian Ting


Ting bergambar bersama keluarga Lee Kai Hua.
Rombongan bergambar bersama keluarga Yong Yee Kheng.
Ting turut berkunjung ke kediaman Chiam Yun Chaw.


MIRI, 28 Januari – Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Piasau, Dato Sebastian Ting hari ini meluangkan masa dengan melakukan kunjungan di kediaman ahli jawatankuasa parti sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Ting yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkunjung ke kediaman Lee Kai Hua di Bukit Kanada diikuti kediaman Yong Yee Kheng di Taman Hilltop.

Beliau serta ahli jawatankuasa SUPP Piasau turut berkunjung ke kediaman Chiam Yun Chaw di Jalan Jee Foh, Krokop Tujuh.

No comments:

Post a Comment