Posted on April 4, 2011, Monday
KUCHING: Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) terus dikritik sebagai tidak serius meskipun proses penamaan calon Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-10 berbaki dua hari sahaja lagi.
Pemimpin Perubahan Gerakan Sarawak (MoCS) Francis Siah menyifatkan SNAP sebagai tidak serius ketika mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada pilihan raya 16 April ini.
Menurutnya, senarai akhir 27 calon yang diumumkan semalam langsung tidak menyenaraikan nama-nama yang dicadangkan sebelum ini.
Salah seorang nama yang tidak tersenarai ialah Munan John Andrew, iaitu calon yang telah dicadangkan pada pengumuman kedua baru-baru ini bagi kerusi Tamin.
Tindakan SNAP yang seolah-olah tidak berpendirian itu mendapat kritikan daripada pemimpin MoCS dan menyifatkannya sebagai tidak serius.
“Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa mereka seolah-olah berjenaka dengan perkara ini.
“Bagaimana mereka boleh mengumumkan calon dengan begitu mudah sekali tanpa meneliti semula calon-calon yang telah dicadangkan dan dipersetujui sebelum ini.
“Tindakan seumpama ini jelas sekali menunjukkan mereka tidak serius dan mengambil keputusan yang bersahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Tiga di sini semalam.
Dalam perkembangan lain, Siah berkata MoCS akan menaja empat calon yang akan bertanding atas tiket PKR pada pilihan raya negeri kelak.
Salah seorang calon yang telah dikenal pasti ialah ahli perniagaan Gilbert Libu bagi kerusi Bukit Saban dan tiga calon lagi masing-masing di Marudi, Krian dan Meluan.
Menurutnya, MoCS turut akan ‘mengangkat’ 10 calon daripada PKR dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) menerusi sokongan dan bantuan kewangan.
Memandangkan PKR belum mengumumkan calon mereka, Siah memberitahu bahawa calon angkat daripada DAP ialah Leon Jimat Donald (Simanggang) dan Ting Tze Fui (Meradong).
Showing posts with label The Great Corrupter. Show all posts

Monday, 4 April 2011
Thursday, 31 March 2011
Women in DAP
After a historic victory in the 2006 Sarawak elections, DAP is set to repeat its old tactic this coming state polls by fielding a bevy of young professional women to contest against senior leaders of the Sarawak United People's Party (SUPP). But the question is are they able to develop the country if they win the seat? they are so young...
Tuesday, 29 March 2011
Pembangkang tiada perasaan
by Steve Annuar. Posted on March 21, 2011, Monday
Hasrat mereka hanya mahu merampas Sarawak bukan sayangkan negeri ini: Dr Chan
MIRI: Parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia tidak mempunyai perasaan kasih sayang yang mendalam terhadap negeri Sarawak kerana mereka hanyalah orang luar yang mahu merampas pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.
Parti luar yang dimaksudkan oleh beliau ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang datang ke negeri ini untuk merubah pentadbiran BN yang selama ini berjaya membentuk dan membangunkan Sarawak.
“Mereka bukanlah anak jati Sarawak. Mereka orang luar. Mereka tidak sayangkan Sarawak seperti kita (pemimpin BN kelahiran Sarawak. Mereka datang untuk merampas kuasa kita (BN).
“Jika mereka nak lawan, kita akan lawan betul-betul. Dan jika mereka mahu tolak kita, kita akan tolak mereka jauh-jauh,”tegas beliau lagi yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Dr Chan berkata demikian pada majlis perlantikan ahli-ahli baru SUPP cawangan Senadin di Dewan Suarah di sini, petang semalam.
Dr Chan yang akan mewakili BN untuk kerusi Piasau memberitahu, SUPP serta parti komponen BN lain iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) bakal berdepan ‘perlawanan’ yang getir dalam pilihan raya tahun ini.
Kemunculan parti-parti pembangkang yang baru khasnya dari luar Sarawak tidak harus dipandang ringan oleh parti BN untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang dipertandingkan.
“Sekarang merupakan tempoh yang sukar untuk kita. Oleh itu kita (SUPP) perlu bekerja dengan lebih kuat lagi jika kita mahu menang semula,” tegasnya.
Menurut Dr Chan lagi, kemasukan ahli-ahli baru dalam setiap cawangan SUPP membantu memperkuatkan tenaga dan jentera SUPP untuk berdepan pembangkang dalam kempen pilihan raya kelak.
Pertambahan ahli baru telah menyuntik semangat baru kepada SUPP untuk menjadi parti yang lebih kuat dan berani menentang parti pembangkang.
Terdahulu, Ahli Parlimen Miri yang juga Setiausaha Penganjur SUPP, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui memberitahu, kemasukan ahli baru akan memberi sumber tenaga baru untuk mempersiapkan SUPP berdepan pilihan raya negeri dan umum yang akan datang.
“Ahli baru penting untuk parti. Jika kita tidak ada ahli baru, kita akan menjadi seperti separuh mati. Ahli-ahli baru perlu sentiasa ada untuk memastikan parti terus hidup. Tanpa darah baru (ahli baru), parti tidak akan dapat berkembang dengan baik,” jelas Chin lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Chin memberitahu kerajaan pimpinan BN sentiasa mengotakan janjinya untuk menjaga kebajikan dan memberi pembangunan kepada rakyat.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat agar tidak mudah tertipu dengan janji-janji manis pembangkang yang bertujuan untuk meraih undi mereka pada pilihan raya sahaja.
Dalam pada itu, Pengerusi SUPP Senadin, Datuk Lee Kim Shin memberitahu seramai 600 ahli baru menganggotai cawangan itu menjadikan jumlah ahli seramai lebih 5,000 orang.
“Saya mengingatkan kepada anda (ahli) untuk sentiasa mengingatkan rakan dan saudara anda supaya turun mengundi semasa hari pengundian kelak.
“Bagi yang berada di Tudan dan Kuala Baram yang mengundi untuk kerusi Piasau dan Pujut, sila maklumkan kepada mereka yang kita akan menyediakan bantuan pengangkutan untuk mereka,” jelasnya.
Lee meminta ahli untuk bekerja lebih keras dalam tempoh beberapa minggu ini dan mempersiapkan diri mereka untuk berdepan cabaran-cabaran baru dari pembangkang.
Hadir sama ialah calon untuk kerusi Pujut, Andy Chia, Setiausaha Politik Datuk Sebastian Ting dan Datuk Bandar Lawrence Lai.

Friday, 25 March 2011
Police arrests two suspects over sex video
Video recorded at Jalan Ampang Hilir apartment
Friday, March 25th, 2011 15:41:00
KUALA LUMPUR: Police have arrested two suspects in connection to the sex video allegedly featuring a man, said to resemble Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, having sex with a foreign woman.
Royal Malaysian Police (RMP) secretary Datuk Ghazali Md Amin, in a statement emailed earlier today, said one of the suspects disclosed the location where the recording of the video had taken place.
Ghazali added officers from the forensics team have been to the scene to look for evidence.
It was learnt the location of the recording was an apartment located at Jalan Ampang Hilir
While stating both suspects have been released on police bail and further investigations are ongoing, Ghazali did not detail the time the arrests were made, nor the identity of the suspects.
Sources, however, told The Malay Mail the two men were Abdul Rahim and Shazryl.
| don't cry.... |

Subscribe to:
Posts (Atom)