Monday, 28 March 2011

Isu Tanah NCR Sarawak

Isu tanah NCR telah menjadi ibu segala modal politik parti pembangkang dalam Pilihanraya Negeri 2011untuk menjatuhkan kerajaan BN.

Rakyat yang tidak faham akan kaedah-kaedah NCR akan mudah terpengaruh dengan puak-puak pembangkang terutama Peguam Baru Bian yang bijak memanipulasikan isu ini.

Tanah NCR ini adalah hasil dan idea peninggalan keluarga Rajah Brooke kepada kaum dayak Sarawak. Rajah telah menulis sendiri dalam Jurnalnya pertamanya berbunyi;

"The fruit trees about the kampung, as far as the jungle wound, are private property." (1840)

Pada tahun 1875 pula Rajah mengesahkan bahawa NCR ialah tanah hutan yang dibersihkan untuk bercucuk tanam oleh penduduk tempatan dan 1920 pula Rajah membenarkan penduduk tinggal dan bercucuk tanam diatas yang diterokai secara percuma tanpa sebarang cukai yang dikenakan.


Pada tahun 1933 seksyen 66 Land Settlement Ordinance menyebut, NCR ialah;

  1. land planted with fruit trees, when the number of fruit trees amount to twenty and upwards to each acre,
  2. land that is in continuous occupation or has been cultivated or built within three years,
  3. burial grounds or shrines,
  4. usual right of way for man and animals from rivers, road or houses to any of above.
Kesimpulannya tanah yang disebut sebagai NCR ialah tanah-tanah yang ditebus guna atau diteroka daripada hutan yang berlaku sebelum 1 Januari 1958.  Jelas menunjukkan sebarang penerokaan tanah seleoas tarikh itu tidak lagi dikategorikan sebagai tanah NCR.

Hari ini tanah-tanah adat ini menjadi isu besar apabila ia diwariskan kepada anak cucu mereka terutama yang tinggal dirumah panjang.

Pembangunan telah mula masuk ke kawasan pendalaman dan apabila melibatkan tanah-tanah NCR maka kerajaan perlulah membayar pampasan kepada waris-waris mereka.

Oleh yang demikian pembaharuan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri Barisan Nasional yang untuk memberi hak milik yang sah kepada waris-waris atau peneroka asal yang sebelum 1.1.58.

Setakat hari ini kerajaan sudah membelanjakan sejumlah RM 80 juta untuk memberi kepuasan kepada penduduk tempatan. Tanah-tanah tersebut akan disukat oleh Land and Survey Department Sarawak.

Kenapa kosnya terlalu besar? Ini kerana jumlah tanah adat NCR sangat besar dan kos menyukat terpaksa menggunakan maklumat aerial fotografi yang diambil pada tahun 1950an dan juga gambar terkini bagi mencari bukti-bukti yang menunjukkan tanah tersebut telah diusahakan sebelum 1.1. 58.

Mengikut undang-undang tanah , tanah NCR ini boleh diambil oleh kerajaan untuk projek-projek pembangunan dengan membayar wang pampasan kepada pemilik atau warisnya.

Tahun ini sahaja kerajaan menetapkan sasaran 107 kawasan tanah NCR seluas 386, 000 hektar untuk disukat dan proses ini hanya akan selesai pada tahun 2015.


Baru Bian seorang peguam dan ingin menjadi hero dan berhajat untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak baru-bari ini telah mempertikaikan isu pengambilan tanah NCR untuk membina sebuah sekolah cina.


Baru Bian said the Chief Minister is taking the land of the natives, NCR lands in the interior of Sarawak and give it to the Chinese schools. He said the act itself is good but what is the whole point of the right hand giving but the left hand taking it away.

Baru Bian seorang peguam dan dia sepetutnya tahu benar akta tanah NCR atau dalam bahasa Iban "Pemakai Menoa' dan tak perlulah mempolitikkan isu tanah NCR yang diambil oleh kerajaan untuk pembangunan. Baru Bian juga telah mempertikai isu tanah NCR di Sebuyau yang dijadikan sebagai Taman Negara.

Dalam banyak isu, Baru Bian gagal membuktikan bahawa tanah tersebut ialah tanah NCR dan ia dijadikan modal politik nya dalam pilihanraya kali ini. Baru Bian juga cuba mengabui mata rakyat dengan mempertahankan kaum Penan yang hidup berpindah randah kononnya kerajaan memberikan hutan atau tanah NCR kepada syarikat pembalakan milik keluarga Taib.

Baru Bian berpura-pura tak faham bahawa tanah hutan yang tidak mempunyai pokok buah-buahan atau sebarang bentuk binaan bukanlah tanah NCR.Oleh itu jangan lah menipu rakyat wahai Baru Bian.

Rujukan 1
Rujukan 2
Rujukan 3
Rujukan 4




No comments:

Post a Comment